BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 25, 2012

HEBATNYA ISLAM

Kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana lahir-lahir sudah beragama Islam.. Sesungguhnya, beruntunglah kita bergelar muslim semenjak daripada awal lagi. Hari ini aku ingin berkongsi memlalui ceramah daripada Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jir daripada rancangan al-Hidayah. Beliau dilahirkan sebagai seorang kristian. Kemudian Allah telah memberi hidayah kepada beliau dan memeluk agama Islam. Sebelum beliau memeluk Islam, selama 3 tahun beliau mengkaji tentang agama Islam sehinggalah hatinya benar2 yakin dengan agama Islam yang suci ini. Dalam rancangan ini, beliau telah berkongsi ilmu mengenai hebatnya Islam.
Agama Islam ialah agama yang suci dan fitrah. Agama Islam ini bukan seperti agma lain yang mana, agama lain dibangsakan. Sebagaicontoh agama kristian diambil nama sempena al-Masih dan Yahudi pula daripada kabilah Yahuda. Manakala Islam pula adalah namanya sendiri dan khas serta bukan ciptaan manusia dan bukan juga ciptaan Nabi Muhammad S.A.W. Agma Islam ini adalah fitrah yang datangnya daripada ALLAH S.W.T. Maka beruntunglah kita sebagai orang Islam yang beriman hanya pada ALLAH S..W.T.
Bukti yang menunjukkan bahawa agama Islam itu adalah fitrah iaitu berdasarkan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah aspek akidah, perwarisan harta benda, perkahwinan, pengampunan dosa dan universal. Aspek akidah telah dinyatakan melalui dalil agar manusia ini beriman dengan ALLAH S.W.T yang Esa seperti dalam surah Al-Ikhlas. Selain itu, tidak ada unsur khayalan atau khurafat serta tahyul seperti agama-agama ciptaan lain.
Aspek yang kedua iaitu dari segi perwarisan harta benda. Jika dahulu orang perempuan tidak akan mendapat apa-apa harta dan haknya. Namun Islam telah berlaku adil serta membawa rahmat dengan memberikan hak kepada orang perempuan dari segi perwarisan harta benda.
Dalam aspek perkahwinan pula, terdapat pelbagai hukum dan panduan yang dijadikan penduan kepada manusia untuk menjaga kemaslahatan manusia di muka bumi ini. Antaranya terdapatnya fasakh, talak dalam perceraian, nasab dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut agama lain seperti kristian mereka tidak akan membenarkan berkahwin jika ingin menjadi paderi. Hal ini telah melanggar fitrah yang dimiliki oleh seseorang itu sebagai manusia. Iaitu naluri ingin berpasangan dan berkahwin. Hal ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang dibolehkan berkahwin untuk melahirkan ramai lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Bukti yang kempat iaitu aspek pengampunan dosa. Jika dalam agama lain seperti kristian contohya, mereka perlu membuat surat pengampunan dosa kepada paderi agar mengampunkan dosa-dosa mereka. Dalam Islam manusia perlu meminta ampun kepada Allah S.W.T dan juga meminta maaf kepada sesama makhluk. Hal ini jelas menunjukkan agama Islam itu agama yang fitrah dan suci serta bukan agama yang dicipta oleh manusia.
Aspek yang terakhir iaitu Islam bersifat universal iaitu agama yang boleh dianuti oleh semua orang tanpa membezakan warna kulit, rupa, bangsa, kaya, miskin dan sebagainya. Agama Islam boleh dianuti oleh kaum India, China, Eropah, Jepun dan seluruh umat manusia di dunia ini. Dalam Islam juga tidaka ada konsep dewa2kan manusia dan juga tidak menilai harta benda seseorang. Islam sesuai untuk semua dan juga sesuai sepanjang zaman.
Alam akhirat juga telah dinayatakan dan disebut dalam agama Islam di mana manusia kan menempuhi alam kematian, alam kubur dan padang mahsyar. Islam telah menggariskan perkara ini wajib diimani oleh orang Islam. Maka, beruntunglah kita sebagai umat Islam yang hidup didunia ini untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Setiap amalan kebaikan yang kita laukan seperti senyum, buang sampah ataupun membuang duri di tengah jalan pun akan mendapat pahala disisi Allah S.W.T. Berbanding dengan orang kafir walaupun mereka melakukan kebaikan tetapi tidak mendapat sebarang pahala seperti umat Islam yang hidup penuh dengan ibadah.
Islam ini agama yang syumul dan agama yang baik. Orang barat mengatakan Islam ini banyak buat maksiat dan kemungkaran. Hal ini adalah tidak benar kerana orang Islam yang melakukan maksiat adalah perbuatan daripada manusia itu sendiri dan bukannya agama Islam. Agama Islam tetap sempurna jika diamalkan segala yang diperintahkan maka tidak akan berlakulah sebarang kejahatan dan kemungkaran di muka bumi ini.
Beruntunglah umat Islam kerana merupakan umat Nabi Muhammad S.A.W adalah umat pertama yang akan dihisab kelak. Umat Nabi Muhammad yang akan mendapat syafaat daripada Baginda S.A.W. Selain itu, walaupun sebesar mana dosa seseorang umat Islam itu dia tetap akan masuk syurga kecuali syirik kepada Allah S.W.T. Namun, setelah dibakar dalam api neraka terlebih dahulu.
ISLAM BEGITU HEBAT!!!....rugilah kita sebagai umat Islam jika tidak mengamalkan segala ajaran Islam yang datangnya dari Allah S.W.T. Maka, sama2lah kita bermuhasabah dan tingkatkan amalan kita...moga Allah menerima segala amalan kita. Lakukanlah segala-segalanya hanya untuk Allah S.W.T demi untuk meraih keredhaan dari-NYA...

Tuesday, May 22, 2012

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah

Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.
Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.
Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.
Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.
Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.
Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.
Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.
Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.
Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.
Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.
Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.
Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.

Monday, May 21, 2012

MERAWAT GANGGUAN JIN DENGAN CD & MP3

Sihir dan Jin amat sinonim dengan orang-orang Melayu… Mereka yang berhasad dengki akan menggunakannya walaupun ‘telah terang lagi bersuluh’ ibarat sportlight menyinar terang… cewah… walaubagaimanapon… Allah maha kuasa… Allah telah menyediakan kita Al Quran yang mempunyai ayat-ayat yang mampu melawan golongan2 ini… aku menyediakan himpunan ayat yang dinamakan Ruqyah Syariah… Tujuan ayat ini adalah untuk mengesan jin dan sebagai penawar sihir… MP3 nie mengandungi himpunan ayat ayat al quran yang mujarab untuk diamalkan.
Kandungan MP3 ini ialah :
1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-’Araf 54-56
9 Al-’Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-
1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.
Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya :-
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :
RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..
Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Jadikan sebagai amalan untuk perlindungan diri kita dan keluarga..
Sumber: http://terapijiwa.com/blogv1/?p=200

CIRI-CIRI WANITA PENENANG JIWA

Ciri-ciri isteri yang layak menjadi 'qurratu'ayun' (Penyejuk Mata) seorang suami :
1=>Isteri Yang Cerdik
Seorang isteri bukanlah dinilai kecerdikan dan kepandaiannya melalui segulung dua ijazah yang diraihnya tetapi melalui bagaima seorang isteri itu dapat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka dan duka. Isteri juga bijak ambil hati suami dengan sifatnya yang manja dan lemah-lembut serta pandai bergurau. Isteri akan menjadi penguat semangat kepada suami melalui sifatnya yang bijak membaca riak rasa suami ketika gembira atau sedih. Betullah bak kata pepatah di sebalik kejayaan seorang suami, di belakangnya berdiri seorang isteri yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepadanya.
2=> Mendahulukan Suami daripada yang Lain
Suami perlulah diutamakan terlebih dahulu sehingga ibu bapa menjadi tempat yang kedua. Begitulah kedudukan seorang suami kepada isteri. Keizinan suami perlu sentisa diminta agar suami redha dengan segala perbuatan si isteri. Hal ini termasuklah sehingga untuk berpuasa sunat sekalipun perlu meminta izin si suami tercinta. Inikan pula hal-hal lain.
Sabda Baginda S.A.W :
" Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu." ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal)
3=> Menguruskan Rumah Tangga
Antara tanggungjawab bagi seorang isteri adalah memastikan keperluan suami sentiasa dipenuhi dan anak-anak dijaga makan pakainya. Menjadikan tempat tinggal sebagai tempat untuk berehat yang menyenangkan dan damai. Jika dalam perkara menghiaskan rumah pula si isteri perlulah menghias berdasarkan kepada kemampuan keperluan keluarga dan janganlah berlebih-lebihan sehingga melibatkan hutang-piutang sana sini. Si isteri perlulah menghargai penat lelah suami mencari nafkah demi menyara keluarganya. Isteri yang bijak menguruskan rumah tangga akan disenangi dan disayangi oleh suami. Bayangkan suami mana yang tidak suka dan sayang jika ketika pulang ke rumah si isteri tercinta menyambut di muka pintu dengan senyuman yang manis dan manja, ditambah pula dengan anak-anak riag gembira serta rumah yang bersih sejuk mata memandang.
4=> Berhias Hanya Untuk Suami
Seorang isteri yang menyintai suaminya tidak akan membiarkan orang lain menikmati keindahan serta kecantikannya kepada orang lain kerana segala kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya tercinta. Mata, bibir, tangan kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk suami yang halal baginya sahaja. Ketika diluar isteri tidak akan berhias berlebih-lebihan sehingga orang lain tertarik dengannya malahan tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain.
Sabda Baginda S.A.W :
"Tidakkah ingin aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya dan apabila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya."
Sumber: Hasil Bacaan Majalah Anis..(^_^)

Peminangan (Khitbah) Sebelum Pelaksanaan Pernikahan

Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut: Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.
Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.
Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.
Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.
Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.
Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.
Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.
Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib.
Dasar dan Hukum Pinangan Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya." (Riwayat Nasa'i dan Tirmizi).
Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua'ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu.
Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).
Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa'ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874,:-
Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya:
" Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya." Maka Saidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang." Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?." Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan."
Sumber : Artikel Iluvislam Penulis Fatimah Syarha....

Friday, May 18, 2012

KEINDAHAN FIZIKAL RASULULLAH S.A.W..

Bismillahhirrahmanirrahim...
Sekian lama jari ini tidak menaip..tiba-tiba tergerak jari ini untuk menaip sebagai manfaat untuk orang lain daripada laman ini terus sepi...aku ingin berkongsi mengenai rupa paras Rasulullah S.a.w yang kita sayangi...
Telah diceritakan oleh Ummu Ma'bad al-Khuzaiyah : Baginda sangat bersih, wajahnya berseri-seri, elok perawakan, tidak berat kerana gemuk, tampan, matanya hitam, bulu matanya panjang, tidak terlalu banyak bercakap. lehernya panjang, matanya cantik, memakai celak mata, alisnya tipis, memanjang dan bersambung, dan rambutnya hitam...
Selain itu, apabila baginda diam akan kelihatan berwibawa dan jika baginda bercakap akan nampak menarik.Baginda adalah orang yang paling elok dan menawan dilihat daripada jauh, bagus dan manis setelah mendekatinya, bicaranya manis, tidak terlalu sedikit dan terlalu banyak..mempunyai rakan-rakan yang menghormatinya, jika baginda berbicara mereka menyemak perkataannya, jika baginda memberikan perintah mereka akan segera pula melaksanakannya, orang mentaatinya, disegani, wajahnya tidak masam dan tidak pula orang yang diremehkan....
Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa, " Kepala baginda besar, tulang-tulang sendinya besar, bulu matanya panjang, jika berjalan seperti berjalan di jalan yang menurun."
Jabir bin Samurah berkata, " Mulutnya besar, matanya lebar dan tidak banyak pula ketulan dagingnya...Aku pernah melihat baginda pada suatu malam yang cerah tanpa mendung. Kupandang Rasululah lalu aku pandang rembulan. Ternyata menurut penglihatanku baginda lebih indah daripada rembulan."
Bayangkan rembulan yang begitu indah ciptaan Allah S.W.T...tetapi wajah Rasulullah lebih bersinar dan lebih indah jika dibandingkan dengannya...Subhanallah...begitu terpancar cahaya keimanan Baginda...inikan pula jika dibandingkan dengan kita sebagai hambaNYA..yang lagi dhaif dan hina ini...
Petikan buku : Begitu Romantis Rasulullah S.A.W Memetik Hikmah Di Sebalik Pernikahan Manusia Agung..karangan Muhammad Abu Syauqi Banna..

Monday, July 19, 2010

Sekadar Tazkirah...

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri...
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi..
Carilah insan yg dapat membimbing hati..
Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi..
Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri..
Rosaklah ia binasalah diri..
Hanya Iman dan taqwa pencuci hati..
Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi..
Hati adalah seketul daging dalam diri..
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi..
Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi..
Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim..
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...