BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 19, 2010

Sekadar Tazkirah...

Jangan biarkan diri kita hidup sendiri...
Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi..
Carilah insan yg dapat membimbing hati..
Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi..
Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri..
Rosaklah ia binasalah diri..
Hanya Iman dan taqwa pencuci hati..
Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi..
Hati adalah seketul daging dalam diri..
Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi..
Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi..
Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim..
Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...

Bangkitkan Malammu

Malam masih berbaki
gelap disana adalah
lorong hitam yang sepi dan sunyi
menjadi marak api membakar
pada yang mengerti akan hidup
sebuah pelabuhan sementara
pelayarannya tak pasti.

Malam membangkit sedar
gelap gelita tak bercahaya
mencari suluhan sinar diri
memohon keampunan Yang Esa
sering menjala dosa di perairan dusta
dirinya mudah lupa dan leka
siapa dia tanpa DIA.

Malam musim berganti
tidurnya tak lagi lena
mengembara dia dalam gelita
mencari nur dunia baru
dalam meniti umur yang diberi subsidi
entah esok pergi menghadap Ilahi.

Sujud pada-Nya memohon
keampunan
moga taubatnya diterima
bersandar hanya pada-Nya
tak ingin lagi bermain
di pentas permainan penuh tipu daya
tiada yang indah melainkan
keindahan-Nya.



Hasil nukilan,
Salbiah Salleh,Kuantan.
Majalah Solusi.

Waktu Mustajab Berdoa

1- Hari Jumaat dan malamnya.
2- Bulan Ramadhan
3- Waktu sahur
4- Waktu bangun di tengah malam
5- Di dalam sujud yang akhir ketika solat
6- Ketika hendakmendirikan solat
7- Di antara dua khutbah pada hari Jumaat
8- Ketika di dalam kesusahan
9- Ketika di dalam kerunsingan
10- Waktu yang sunyi dan tenang

Suasana yang baik untuk berdoa :
 Di hadapan ka’abah
 Di padang Arafah
 Di masjid Nabawi di Madinah
 Di mana-mana masjid
 Ibu @ ayah yang mendoakan anak-anaknya.
 Ketika berada di tempat yang gawat seperti medan perang dan kawasan bencana
 Ketika dizalimi.

Sumber rujukan : Petua Pelajar Cemerlang oleh Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Zakaria.

Tip Nak Khusyuk...

Kalau sembahyang tu kadang-kadang masa itulah macam2 perkara yang difikirkan. Apalagi syaitan memang sukala kalau manusia ni lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Ini saya berikan beberapa tip macam mana nak khusyuk. Moga sama-sama kita amalkan.

Tip untuk khusyuk
• Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berhadapan dengan Allah
• Fahami makna bacaan AQ
• Fahami makna zikir dan selawat
• Memanjangkan masa utk rukuk dan sujud
• Tidak “bermain-main” dgn anggota badan ataupun meliarkan mata
• Memandang ke tempat sujud
• Jauhkan diri drpd perkara/ alat / suasana yang boleh mengusik/ menarik perhatian

Tip Menolak Gangguan dlm Solat
 Tolak sebab yg datang dari luar
Sbb yang datang dari luar ialah yang datang melalui pendengaran dan penglihatan kita. Jauhilah daripada bunyi2, lukisan @ suara2 yg boleh mengganggu tumpuan hati dan fikiran. Mata dan telinga boleh mempengaruhi hati. Caranya ialah dgn fokus mata hanya ke tempat sujud, cahaya dikurangkan, jgn ada gambar, ukiran dan warna-warni pd sejadah.

 Tolak sebab yang datang dari dalam
Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu. Bertenang sebentar sebelum takbir pertama
( memperbaharui ingatan kpd Allah dan hari akhirat ). Buang punca2 yg boleh menggangu ingatan dgn cara mengunci pintu rumah, tutup api dapur, telefon bimbit dan lain2.

Pembahagian Khusyuk

1) Khusyuk Lahiriah

Maknanya disini seluruh anggota zahir mengerjakan perbuatan2 solat dengan tenang dan perlahan serta tidak bergerak-gerak kecuali gerakan yang diperintahkan dalam solat sahaja. Walaupun bergerak-gerak tidak sampai 3 kali berturut-turut ia boleh menjejaskan pencapaian khusyuk. Jika kita lihat pada zaman Raasulullah, para sahabat Rasulullah dapat solat dengan khusyuk sekali sehinggakan burung-burung ada yang hinggap di bahu, kepala dan badan mereka. Hal ini kerana, menyangka mereka itu sbg pohon kayu ketika mereka solat di tengah padang pasir. Begitulah diam dan pegunnya jasad mereka ketika mengerjakan solat. Mereka belajar scr langsung daripada Rasulullah s.a.w dan sangat mematuhi panduan yang diberi demi mencapai khusyuk dalam solat.

Rasulullah telah bersabda bahawa, “ Jika khusyuk hatinya nescaya khusyuk juga lahiriahnya.” ( Riwayat al-Tarmizi ) . Berdasarkan hadis ini, jelaslah jika seseorang itu khusyuk maka dari segi perbuatannya kita dapat dilihat dari segi zahirnya. Hadis ini adalah berdsrkan satu peristiwa yang telah Rasulullah ternampak seorang lelaki sedang melurut2 janggutnya semasa solat.



2) Khusyuk Anggota Batin

Khusyuk tahap kedua ialah khusyuk anggota batin. Khusyuk ini tercapai apabila hati mengalami beberapa rasa sewaktu melaksanakan solat. Antara rasa-rasa itu ialah kagum ( haibah ), takut ( khauf ), harap ( raja’) dan malu serta hina diri kpd Allah s.w.t. Jika ingin mencapaai khusyuk tahap kedua ini, usaha dan mujahadah yg lebih serius dan istiqamah diperlukan. Antara langkaah-langkah untuk mencapai tahap kedua ini menurut Imam Al-Ghazali Rahimullah ialah :

 Fikiran fokus sepenuhnya kepada bacaan dan perbuatan solat.
 Memahami makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
 Merasai kehebatan dan keagungan Allah.
 Merasa takut kepada Allah dan kemurkaan-Nya.
 Mengharap keampunan dan keredaan Allah.
 Merasa malu kepada Allah.



Hasil rujukan majalah solusi…(^_^)

Cinta Allah

Firman Allah S.W.T “ Orang-orang yang beriman itu sangat mencintai Allah.” ( Al-Baqarah: 165)
Berdasarkan hadis Rasulullah, “ Allah tidak akan mendekati seseorang sebelum orang itu mendekati-Nya.”
Justeru itu berdasarkan firman Allah dan hadis ini kita perlulah berusaha untuk lebih dekat dengan Allah. Kita perlu perbanyakkan amalan untuk menjadi orang yang beriman dan dekat di sisi Allah .
Pra Hukama’ ada berkata, “ Cinta kepada Allah itu ada 3 perkara :
• Dia menciptakan diri kita untuk berbakti kepada-Nya.
• Dia memberikan hidayah kepada kita untuk menuju jalan yang benar.
• Dia member kenikmatan hidup, kesenangan dan rezeki.”
Seorang hamba yang paling hampir dengan Penciptanya iaitu Allah s.w.t ialah ketika solat. Justeru itu, tumpukan sepenuh perhatian ketika solat. Jika solat berjemaah di masjid atau surau boleh mmenambah kesungguhan kita beribadah berbanding solat bersendirian. Jika di masjid mungkin kita akan lebih khusyuk dan tenang untuk beribadat berbanding keadaan di rumah. Tambahan pula masjid adalah salah satu tempat mustajab doa dimakbulkan Allah. Kalau nak khusyuk mestilah kena jaga adab2 dalam solat…(^_^)
Adab Sebelum Solat :
 Beri tumpuan sepenuhnya untuk bermunajat kepada Allah dengan segala keinginan, cinta, cita, semangat dan kerinduan.
 Mengelokkan penampilan diri spt berpakaian bersih, kemas, berwangi-wangian dan bersugi.
 Menyelesakan diri terlebih dahulu dengan mandi, qadak hajat, menyejukkan suhu badan dan makan jika makanan telah terhidang.
 Berusaha untuk solat berjemaah di massjid
 Solat pada awal waktu
Adab Ketika Solat :
 Mengosongkan minda drp selain mengingat Allah
 Tenang dan tidak tergesa-gesa atau tergopoh-gapah
 Merendah-diri, khusyuk, tunduk dan rasa kerdil di hadapan Allah s.w.t
 Mengelakkan berpaling dan menggerak-gerakkan anggota badan @ pakaian
 Memandang ke tempat sujud
 Mengelakkan memandang ke atas
 Memikir dan menghayati makna ayat-ayat AQ dan zikir2 yg dibaca di dalam solat utk mengelakkan kelalaian.
 Melaksanakan tomakninah dengan sempurna
 Berusaha untuk tidak batuk, bersin. Menguap dan sendawa
Adab Selepas Solat :
 Dudukdi tempat solat setelah selesai solat untuk mengucap dan istighfar, berzikir dan berdoa
 Sunat menunggu waktu solat Isyak selepas solat Maghrib
 Membanyakkan membaca dan menghafal AQ
 Menghadiri majlis ilmu dan beriktikaf ( berhenti dan beribadah di masjid )
 Mengerjakan solat sunat qabliah dan ba’diah utk menampung ketidaksempurnaan di dalam solat wajib.


Hasil rujukan majalah solusi…(^_^)

Kata Saidina Ali r.a

"Jika kamu ingin Nikmat dunia,
cukuplah islam itu sebagai nikmatmu,
Jika kamu ingin menjadi asyik,
cukuplah Taat itu sebagai keasyikanmu,
Jika kamu ingin Pengajaran,
cukuplah Mati sebagai pengajaran

Ketika kau terasa lemah,
Jadikan Allah tempat meluah rasa.
Ketika kau terasa goyah,
Kau perlu kuat kerana kau pembawa agama.
Ketika kau rebah,
Kau harus tabah kerana kau mujahidah muda

Perempuan

Jangan kau huraikan harum rambut
mayangmu
kepada lelaki bukan suamimu
kerana itu adalah rangsangan yang amat pantas
menyentuh nurani adam.

Maka tutuplah ia kembali
agar dengan itu
engkau sebenarnya akan lebih kelihatan
manis sopan dan mulia.

Kadang-kadang di waktu akhir zaman ini
kau perempuan
sering dianugerahkan kecantikan
untuk menjadi siti yang solehah
atau sekali gus dengan keayuan itu pula
ia bakal menghancurkan dirimu sendiri.

Moga-moga kau perempuan
tidak akan menjadi kelekatu
yang acap kali kecundang
atau patah serta terbakar sayapnya
dek memburu cahaya api.

Lantaran sabda Nabi :
“ Sesungguhnya
aku sudah sampai ke neraka
lalu aku dapati kebanyakan mereka
yang sedang berbaris
untuk masuk kedalamnya
adalah yang terdiri daripada
orang-orang yang kaya
dan mewah hidupnya
sewaktu di dunia dahulu
dan paling ramai isi neraka itu ialah kaum perempuan.”


Hasil nukilan,
Zahari Hasib, Teluk Intan, Perak.
Majalah Solusi.