BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

10 Jenis Solat Yang Tak Diterima Oleh Allah..

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

p/s: sbb 2 la orang yg kuat sembahyang pun blum tentu msuk syurga Allah.. cuma Allah je yg dpt menilai...Moga kita adalah golongan2 yang Allah menerima amalan2 yang kita lakukan..




Thursday, January 21, 2010

Aku Kini Telah Dewasa..

Tanggal 21 Januari 1988 adalah tarikh aku dilahirkan.Pada tarikh ini aku kini bukan lagi bergelar seorang remaja, zaman remajaku telah meninggalkanku buat selama-lamanya.Kini aku sudah di peringkat seorang yang dewasa. Umurku kini sudah 22 tahun!. Tak ku sangka, begitu cepat masa berlalu. Sahabatku yang tersayang Nisa telah mengejutkanku dengan membuat pengumuman dalam kelas dengan memberitahu semua kawanku yang lain. Terharu dan bercampur malu btul hari tu. Mereka semua menyanyikan lagu untukku. Rasa macam dihargai betul..huhu..Terima kasih sahabat-sahabatku..Moga persahabatan kita semua kekal abadi selama-lamanya..

Semakin aku meningkat dewasa semakin banyak pula cabaran dan dugaan yang harus ku tempuhi. Itu memamg lumrah kehidupan.Aku harap aku dapat mengharunginya dengan sabar dan tabah. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama hamba2nya dan akan membantu hamba2nya yang taat akan perintahNya. Sesungguhnya, Allah tidak akan membebani seseorang itu, Allah akan menguji seseorang berdasarkan tahap kemampuannya sahaja...Aku harap aku mampu menghadapi apa jua dugaanMu Ya ALLAH..aminn..

Tuesday, January 19, 2010

Apa yang Kau Panggil Cinta?

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan
Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

Amalkanlah 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Friday, January 15, 2010

Kesan Perubatan Solat

Solat adalah ibadah yg paling sesuai bg seluruh tubuh badan manusia. Gerakan-gerakannya berpatutan dengan gerakan khas tubuh seorang Muslim. Namun pernahkah kita terfikir mengenai manfaat-manfaat yg dihasilkan oleh setiap gerakan ini? Sudut pandang ilmiah menjadikan solat sebagai sebuah kilang ubat bagi pelbagai penyakit! Semasa seseorang hamba cukup syarat mendirikan solat, semenjak itulah dia mula mencari makna dan manfaatnya, kerana solat diturunkan bagi menyempurnakan kemudahannya dalam kehidupan.













1)Takbiratul Ihram - menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah.

Gerakan : berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu meletakkannya di hadapan perut ataupun dada bahagian bawah.

Manfaat : Gerakan ini melancarkan pengaliran darah dan limfa dan menguatkan otot lengan. kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa kita mengangkat kedua tangan, otot bahu menegang hingga darah yg kaya dengan oksigen mengalir dengan lancar. Kemudian, kedua-dua tgn dirapatkan ke depan perut ataupun dada bahagian bawah. Gerakan ini akan menjauhkan kita drp pelbagai gangguan penyakit2 sendi , khususnya pd tubuh bahagian atas.

2) Rukuk - Mengembalikan fungsi tulang belakang

Gerakan : Rukuk yg sempurna adalah apabila tulang belakang menjadi lurus, hingga apabila diletakkan segelas air di atas belakang, ia tidak tumpah. Kedudukan kepala sama lurus dengan tulang belakang.

Manfaat : Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dgn otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pd tubuh bahagian tgh. Tangan yg diletakkan pd lulut merelakskan otot2 bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk juga adalah latihan mengawal pundi kencing bg mencegaah prostat..

3) Iktidal - Melancarkan pencernaan

Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yg baik. Organ2 pencernaan dlm perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti. Kesannya, pencernaan akan menjadi lebih lancar.

4) Sujud - Mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan.

Manfaat : aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung di atas otak menyebabkan darah yg kaya dgn oksigen mengalir dengan maksimum ke otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kpd daya fikir kita. Oleh itu, lakukn sujud dgn tamakninah, jgn tergesa2 supaya darah mengalir sebanyak mungkin ke dalam otak . Gerakan ini juga menghindar penyakit buasir. Khusus bg wanita, gerakan rukuk dan sujud mempunyai manfaat luar biasa bg kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

5) Duduk antara dua sujud - Menghindari penyakit lumpuh dan mencegah masalah mati pucuk.

kedudukan tapak kaki yg berbeza semasa kita melakukan iftirasy ( tahiyat awal) dn tawarruk ( tahiyat akhir) menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan relaks kembali. Gerakan dan yg harmoni inilah yg menjaga kelenturan dan kekuatan organ2 gerak kita...

6) Salam- merelakskan otot leher dan menegangkan kulit muka...

Manfaat : merelakskan otot di sekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit muka.

dipetik drp buku Diari Hidup Rasulullah...Semoga kita dapat manfaat drp ilmu ini..

Beribadat secara istiqamah dapat menyuburkan iman serta dapat mencantikkan diri luar dan dalam......(^_^)

Sesungguhnya..rugila bg sesiape yg meninggalkan solat....







Dalam surah Al-Ahzab, ayat 21.....

Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W itu ada suri dan teladan yang baik. Iaitu bg orang yang :-
1) Meletakkan harapan (matlamat) hidupnya hanya kpd Allah.
2) Meletakkan harapan (ganjaran kerjanya) pada akhirat.
3) Secara konsisten berkekalan mengingati Allah sebanyak-banyaknya..

Tahukah Anda?

Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya berbaring ke kanan, supaya organ2 yg ada dlm perut kita dapat bekerja secara optimum dan tidak dihimpit oleh hati. Ini juga adalah bagi kebaikan jantung yg mengepam darah. Bayangkan, dgn keagungan Allah, jantung berdenyut 70 kali dalam seminit ataupun 100 ribu kali dalam masa 24 jam. Jantung tidak pernah berhenti bekerja sejak manusia berusia 4 minggu, kita berada dalam rahim ibu. Semenjak saat itu, jantung mengepam darah berterusan sebanyak 5 liter seminit ataupun sebanyak 1.5 juta galon setahun......

Monday, January 11, 2010

BLOG BARU....

Hari ini pertama kali blog ini berjaya dicipta...itupun sesudah aku masuk ke kursus Mts1022 ni..klu tak, mesti tak wujud lagi blog ni...hehe
harapanku moga2 apabila mengambil kursus Pembangunan blog dan laman web ini ..
aku dapat manfaatkan ilmu yang ada... melalui blog ini banyak manfaat dan ilmu yang boleh aku dapat...