Ciri-ciri isteri yang layak menjadi 'qurratu'ayun' (Penyejuk Mata) seorang suami :
1=>Isteri Yang Cerdik
Seorang isteri bukanlah dinilai kecerdikan dan kepandaiannya melalui segulung dua ijazah yang diraihnya tetapi melalui bagaima seorang isteri itu dapat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka dan duka. Isteri juga bijak ambil hati suami dengan sifatnya yang manja dan lemah-lembut serta pandai bergurau. Isteri akan menjadi penguat semangat kepada suami melalui sifatnya yang bijak membaca riak rasa suami ketika gembira atau sedih. Betullah bak kata pepatah di sebalik kejayaan seorang suami, di belakangnya berdiri seorang isteri yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepadanya.
2=> Mendahulukan Suami daripada yang Lain
Suami perlulah diutamakan terlebih dahulu sehingga ibu bapa menjadi tempat yang kedua. Begitulah kedudukan seorang suami kepada isteri. Keizinan suami perlu sentisa diminta agar suami redha dengan segala perbuatan si isteri. Hal ini termasuklah sehingga untuk berpuasa sunat sekalipun perlu meminta izin si suami tercinta. Inikan pula hal-hal lain.
Sabda Baginda S.A.W :
" Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu." ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal)
3=> Menguruskan Rumah Tangga
Antara tanggungjawab bagi seorang isteri adalah memastikan keperluan suami sentiasa dipenuhi dan anak-anak dijaga makan pakainya. Menjadikan tempat tinggal sebagai tempat untuk berehat yang menyenangkan dan damai. Jika dalam perkara menghiaskan rumah pula si isteri perlulah menghias berdasarkan kepada kemampuan keperluan keluarga dan janganlah berlebih-lebihan sehingga melibatkan hutang-piutang sana sini. Si isteri perlulah menghargai penat lelah suami mencari nafkah demi menyara keluarganya. Isteri yang bijak menguruskan rumah tangga akan disenangi dan disayangi oleh suami. Bayangkan suami mana yang tidak suka dan sayang jika ketika pulang ke rumah si isteri tercinta menyambut di muka pintu dengan senyuman yang manis dan manja, ditambah pula dengan anak-anak riag gembira serta rumah yang bersih sejuk mata memandang.
4=> Berhias Hanya Untuk Suami
Seorang isteri yang menyintai suaminya tidak akan membiarkan orang lain menikmati keindahan serta kecantikannya kepada orang lain kerana segala kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya tercinta. Mata, bibir, tangan kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk suami yang halal baginya sahaja. Ketika diluar isteri tidak akan berhias berlebih-lebihan sehingga orang lain tertarik dengannya malahan tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain.
Sabda Baginda S.A.W :
"Tidakkah ingin aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya dan apabila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya."
Sumber: Hasil Bacaan Majalah Anis..(^_^)
0 comments:
Post a Comment