skip to main |
skip to sidebar
Kita sebagai umat Islam sangat beruntung kerana lahir-lahir sudah beragama Islam.. Sesungguhnya, beruntunglah kita bergelar muslim semenjak daripada awal lagi. Hari ini aku ingin berkongsi memlalui ceramah daripada Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jir daripada rancangan al-Hidayah. Beliau dilahirkan sebagai seorang kristian. Kemudian Allah telah memberi hidayah kepada beliau dan memeluk agama Islam. Sebelum beliau memeluk Islam, selama 3 tahun beliau mengkaji tentang agama Islam sehinggalah hatinya benar2 yakin dengan agama Islam yang suci ini. Dalam rancangan ini, beliau telah berkongsi ilmu mengenai hebatnya Islam.
Agama Islam ialah agama yang suci dan fitrah. Agama Islam ini bukan seperti agma lain yang mana, agama lain dibangsakan. Sebagaicontoh agama kristian diambil nama sempena al-Masih dan Yahudi pula daripada kabilah Yahuda. Manakala Islam pula adalah namanya sendiri dan khas serta bukan ciptaan manusia dan bukan juga ciptaan Nabi Muhammad S.A.W. Agma Islam ini adalah fitrah yang datangnya daripada ALLAH S.W.T. Maka beruntunglah kita sebagai orang Islam yang beriman hanya pada ALLAH S..W.T.
Bukti yang menunjukkan bahawa agama Islam itu adalah fitrah iaitu berdasarkan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah aspek akidah, perwarisan harta benda, perkahwinan, pengampunan dosa dan universal. Aspek akidah telah dinyatakan melalui dalil agar manusia ini beriman dengan ALLAH S.W.T yang Esa seperti dalam surah Al-Ikhlas. Selain itu, tidak ada unsur khayalan atau khurafat serta tahyul seperti agama-agama ciptaan lain.
Aspek yang kedua iaitu dari segi perwarisan harta benda. Jika dahulu orang perempuan tidak akan mendapat apa-apa harta dan haknya. Namun Islam telah berlaku adil serta membawa rahmat dengan memberikan hak kepada orang perempuan dari segi perwarisan harta benda.
Dalam aspek perkahwinan pula, terdapat pelbagai hukum dan panduan yang dijadikan penduan kepada manusia untuk menjaga kemaslahatan manusia di muka bumi ini. Antaranya terdapatnya fasakh, talak dalam perceraian, nasab dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut agama lain seperti kristian mereka tidak akan membenarkan berkahwin jika ingin menjadi paderi. Hal ini telah melanggar fitrah yang dimiliki oleh seseorang itu sebagai manusia. Iaitu naluri ingin berpasangan dan berkahwin. Hal ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang dibolehkan berkahwin untuk melahirkan ramai lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Bukti yang kempat iaitu aspek pengampunan dosa. Jika dalam agama lain seperti kristian contohya, mereka perlu membuat surat pengampunan dosa kepada paderi agar mengampunkan dosa-dosa mereka. Dalam Islam manusia perlu meminta ampun kepada Allah S.W.T dan juga meminta maaf kepada sesama makhluk. Hal ini jelas menunjukkan agama Islam itu agama yang fitrah dan suci serta bukan agama yang dicipta oleh manusia.
Aspek yang terakhir iaitu Islam bersifat universal iaitu agama yang boleh dianuti oleh semua orang tanpa membezakan warna kulit, rupa, bangsa, kaya, miskin dan sebagainya. Agama Islam boleh dianuti oleh kaum India, China, Eropah, Jepun dan seluruh umat manusia di dunia ini. Dalam Islam juga tidaka ada konsep dewa2kan manusia dan juga tidak menilai harta benda seseorang. Islam sesuai untuk semua dan juga sesuai sepanjang zaman.
Alam akhirat juga telah dinayatakan dan disebut dalam agama Islam di mana manusia kan menempuhi alam kematian, alam kubur dan padang mahsyar. Islam telah menggariskan perkara ini wajib diimani oleh orang Islam. Maka, beruntunglah kita sebagai umat Islam yang hidup didunia ini untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Setiap amalan kebaikan yang kita laukan seperti senyum, buang sampah ataupun membuang duri di tengah jalan pun akan mendapat pahala disisi Allah S.W.T. Berbanding dengan orang kafir walaupun mereka melakukan kebaikan tetapi tidak mendapat sebarang pahala seperti umat Islam yang hidup penuh dengan ibadah.
Islam ini agama yang syumul dan agama yang baik. Orang barat mengatakan Islam ini banyak buat maksiat dan kemungkaran. Hal ini adalah tidak benar kerana orang Islam yang melakukan maksiat adalah perbuatan daripada manusia itu sendiri dan bukannya agama Islam. Agama Islam tetap sempurna jika diamalkan segala yang diperintahkan maka tidak akan berlakulah sebarang kejahatan dan kemungkaran di muka bumi ini.
Beruntunglah umat Islam kerana merupakan umat Nabi Muhammad S.A.W adalah umat pertama yang akan dihisab kelak. Umat Nabi Muhammad yang akan mendapat syafaat daripada Baginda S.A.W. Selain itu, walaupun sebesar mana dosa seseorang umat Islam itu dia tetap akan masuk syurga kecuali syirik kepada Allah S.W.T. Namun, setelah dibakar dalam api neraka terlebih dahulu.
ISLAM BEGITU HEBAT!!!....rugilah kita sebagai umat Islam jika tidak mengamalkan segala ajaran Islam yang datangnya dari Allah S.W.T. Maka, sama2lah kita bermuhasabah dan tingkatkan amalan kita...moga Allah menerima segala amalan kita. Lakukanlah segala-segalanya hanya untuk Allah S.W.T demi untuk meraih keredhaan dari-NYA...
0 comments:
Post a Comment