Bismillahhirrahmanirrahim...Sekian lama jari ini tidak menaip..tiba-tiba tergerak jari ini untuk menaip sebagai manfaat untuk orang lain daripada laman ini terus sepi...aku ingin berkongsi mengenai rupa paras Rasulullah S.a.w yang kita sayangi...Telah diceritakan oleh Ummu Ma'bad al-Khuzaiyah : Baginda sangat bersih, wajahnya berseri-seri, elok perawakan, tidak berat kerana gemuk, tampan, matanya hitam, bulu matanya panjang, tidak terlalu banyak bercakap. lehernya panjang, matanya cantik, memakai celak mata, alisnya tipis, memanjang dan bersambung, dan rambutnya hitam...Selain itu, apabila baginda diam akan kelihatan berwibawa dan jika baginda bercakap akan nampak menarik.Baginda adalah orang yang paling elok dan menawan dilihat daripada jauh, bagus dan manis setelah mendekatinya, bicaranya manis, tidak terlalu sedikit dan terlalu banyak..mempunyai rakan-rakan yang menghormatinya, jika baginda berbicara mereka menyemak perkataannya, jika baginda memberikan perintah mereka akan segera pula melaksanakannya, orang mentaatinya, disegani, wajahnya tidak masam dan tidak pula orang yang diremehkan....Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa, " Kepala baginda besar, tulang-tulang sendinya besar, bulu matanya panjang, jika berjalan seperti berjalan di jalan yang menurun."Jabir bin Samurah berkata, " Mulutnya besar, matanya lebar dan tidak banyak pula ketulan dagingnya...Aku pernah melihat baginda pada suatu malam yang cerah tanpa mendung. Kupandang Rasululah lalu aku pandang rembulan. Ternyata menurut penglihatanku baginda lebih indah daripada rembulan."Bayangkan rembulan yang begitu indah ciptaan Allah S.W.T...tetapi wajah Rasulullah lebih bersinar dan lebih indah jika dibandingkan dengannya...Subhanallah...begitu terpancar cahaya keimanan Baginda...inikan pula jika dibandingkan dengan kita sebagai hambaNYA..yang lagi dhaif dan hina ini...Petikan buku : Begitu Romantis Rasulullah S.A.W Memetik Hikmah Di Sebalik Pernikahan Manusia Agung..karangan Muhammad Abu Syauqi Banna..
SECEBIS PENGALAMAN - PUJIAN ^_^
11 years ago
0 comments:
Post a Comment